Sunday, July 21, 2013

Pengenalan

Assalamualaikum wbt
 
Amalan  5S  merupakan  satu  kaedah  pengurusan  yang dipelopori oleh pihak  industri di  Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan  5S  bermatlamat mewujudkan  persekitaran  kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan  5S  yang  berkesan  dapat  meningkatkan  kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. 


Selain  memberi  keutamaan  kepada  aspek  kebersihan, kekemasan  dan  keselamatan  di  tempat  kerja,  Amalan 5S  berupaya  memperkukuhkan  lagi  Sistem  Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9001:2008, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah  kepada  imej  korporat  Jabatan/Agensi  secara keseluruhan.
 
 

0 comments: