Tuesday, May 20, 2014

Kata-kata aluan Pengarah KPM Bandar Penawar Tentang 5s

Assalamualaikum wbt
 

Kata-kata aluan
Pengarah KPM Bandar Penawar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan jutaan tahniah kepada semua yang terlibat dalam membangunkan portal ini sempena pelaksanaan program 5S di KPMBP.

Setinggi-tinggi tahniah ditujukan kepada Jawatankuasa 5S KPM Bandar Penawar kerana telah berjaya melaksanakan program 5S di KPM Bandar Penawar. Seperti kita semua sedia maklum, program 5S di KPM Bandar Penawar ini telah dimulakan sejak tahun 2009 di unit pentadbiran. Program ini telah diteruskan di unit-unit yang lain dan banyak pembaharuan dan perubahan yang boleh kita lihat dari semasa ke semasa. Malahan, amalan 5S ini telah dijadikan amalan wajib di semua institusi di bawah  MARA semenjak tahun 2012.

Selain mengadakan lawatan, warga KPM juga didedahkan dengan taklimat 5S daripada pihak luar yang lebih berpengalaman. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan pihak jawatankuasa perlu mengadakan lebih banyak latihan dan promosi agar tidak terhenti begitu sahaja pada masa depan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, program 5S di KPM Bandar Penawar tidak pernah terhenti dan sentiasa terus diamalkan bagi tujuan meningkatkan persekitaran kerja yang berkualiti. Kemuncak program 5S KPMBP ialah apabila pihak jawatankuasa melibatkan semua warga KPMBP dalam bersama-sama menjayakan program ini. Hasilnya, perasmian 5S KPMBP telah diadakan secara besar-besaran pada 23 Julai 2013 yang lalu.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program 5S di KPM Bandar Penawar ini. Saya mengharapkan program dilaksanakan secara berterusan agar dapat memberi keselesaan dan kecekapan dalam menjalankan tugas harian.
Terima kasih. 


Pengarah,




0 comments: