Logo 5s

Logo 5s Kolej Profesional Mara Bandar Penawar.

Selamat Datang

Audit Perbadanan Produtiviti Malaysia (MPC)

Penantian mendebarkan

Taklimat oleh pegawai MPC.

Audit Bermula

Sesi Audit bermula di Zon Pentadbiran.

Tahniah!

KPM BP Berjaya Memperbaharui Sijil QE/5s untuk kali ke-3 pada 18 oktober 2016.

Wednesday, July 24, 2013

Apa mereka kata tentang 5s ?

Assalamualaikum wbt
 

Apa kata mereka tentang Amalan 5s ?


Pada pendapat saya, amalan 5s ini sudah lama diamalkan. Ia mula diperkenalkan di negera Jepun. 5s ini merupakan satu amalan budaya yang berfokuskan kepada mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang telah ditetapkan serta semangat untuk penambahbaikan berterusan.

- En. Amir Jusoh, Jabatan Perniagaan KPMBP.









_______________________________________________________________________



Tuesday, July 23, 2013

Majlis perasmian amalan 5s di KPM Bandar Penawar

Assalamualaikum wbt
 
Unit 5s Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) telah mengadakan majlis perlancaran 5s di KPM BP.
 
Majlis telah di adakan di Dewan Utama KPMBP dan telah dimeriahkan oleh semua warga kerja dan pelajar KPMBP. Dalam majlis ini, satu simbolik perlaksanaan 5s dilakukan iaitu dengan memakaikan lencana 5s pada ketua-ketua unit 5s. Ia terdiri daripada unit pentadbiran, asrama, akademik dan perpustakaan. 
 
Penerangan yang lengkap diberikan oleh unit latihan dan promosi 5s KPMBP bagi memahamkan lagi para warga kerja dan pelajar KPMBP tentang pentingnya amalan 5s ini. Bukan sahaja berkepentingan kepada organisasi malahan turut dijayakan oleh para pelajar. 
 
 
 

Monday, July 22, 2013

Unit 5s KPMBP

 
Perlaksanaan 5s di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) melibatkan unit-unit seperti berikut:

1. Unit Pentadbiran
2. Unit Akademik (4 jabatan)
3. Unit Asrama
4. Unit Perpustakaan
Semua warga kerja dan pelajar KPM Bandar Penawar menjalankan amalan 5s.
 

Sunday, July 21, 2013

Faedah Perlaksanaan Amalan 5s

Assalamualaikum wbt
 
  Pelaksanaan  Amalan  5S  akan  menghasilkan  pelbagai faedah dan  kesan positif  kepada pengurusan  organisasi termasuk  dalam  aspek  pengurangan  kos,  kawalan  stok/inventori, urusan penyelenggaraan serta sistem dan proses kerja.
 
 
 





Rasional amalan 5s

Assalamualaikum wbt
 
Penampilan  persekitaran  tempat  kerja  yang  cemerlang  dapat meningkatkan kecekapan  dan  keberkesanan  penyampaian  perkhidmatan  agensi  kerajaan.


Amalan  5S  merupakan  satu  teknik  pengurusan  persekitaran  yang  dapat membantu  meningkat  imej  KPM Bandar Penawar  selain daripada meningkatkan  kecemerlangan penyampaian perkhidmatan  kepada pelanggan.
Menurut  Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),  konsep  Amalan  5S  adalah  mudah  difahami  oleh  semua kakitangan Jabatan kerana:

  -terminologi yang diguna pakai adalah mudah;
  -konsepnya logik dan bersifat semula jadi terhadap perilaku manusia;
  -ia boleh diguna pakai oleh semua jenis Jabatan/Agensi.
 

Proses perlaksanaan 5s

Assalamualaikum wbt
 
 

Konsep amalan 5s

Assalamualaikum wbt
 
Konsep asas Amalan 5S adalah seperti berikut:

SISIH (SEIRI)
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

SUSUN (SEITON)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

SAPU (SEISO)
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

SERAGAM (SEIKETSU)
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

SENTIASA AMAL (SHITSUKE)
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.


http://clutzgallery.com/blog/wp-content/uploads/2009/09/5s1.jpg 

Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti secara berterusan
 
 

Objektif 5s


Falsafah amalan 5s

Assalamualaikum wbt
 
 

Hubungi Kami

 
Unit 5s KPM Bandar Penawar
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
Jln ungku abd aziz
81930 Kota Tinggi,
Johor darul Takzim.

Tel:07-8842200 samb ****
Faks:07-8842222
 
 

Pengenalan

Assalamualaikum wbt
 
Amalan  5S  merupakan  satu  kaedah  pengurusan  yang dipelopori oleh pihak  industri di  Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan  5S  bermatlamat mewujudkan  persekitaran  kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan  5S  yang  berkesan  dapat  meningkatkan  kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. 


Selain  memberi  keutamaan  kepada  aspek  kebersihan, kekemasan  dan  keselamatan  di  tempat  kerja,  Amalan 5S  berupaya  memperkukuhkan  lagi  Sistem  Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9001:2008, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah  kepada  imej  korporat  Jabatan/Agensi  secara keseluruhan.