Logo 5s

Logo 5s Kolej Profesional Mara Bandar Penawar.

Selamat Datang

Audit Perbadanan Produtiviti Malaysia (MPC)

Penantian mendebarkan

Taklimat oleh pegawai MPC.

Audit Bermula

Sesi Audit bermula di Zon Pentadbiran.

Tahniah!

KPM BP Berjaya Memperbaharui Sijil QE/5s untuk kali ke-3 pada 18 oktober 2016.

Monday, October 17, 2016

LAWATAN AUDIT PERBAHARUI SIJIL QE/5S



 Assalamualaikum wbt
18 Oktober 2016, Kolej Profesional MARA Bandar Penawar sekali lagi dihadiri oleh Pegawai Penilai daripada pihak MPC untuk memperbaharui Sijil QE/5S.


"Opening Meting" di bilik mesyuarat KPM Bandar penawar





1. Lawatan ke Zon Pentadbiran










2. Zon Perpustakaan

s

Sunday, September 18, 2016

Aktiviti 5s : Unit Latihan

Pada 15 September 2016, Jawatankuasa 5s KPMBP di bawah unit Latihan telah menjalankan sesi Gotong-Royong Perdana. Gotong-royong ini telah disertai oleh semua pelajar dan pensyarah dengan kerjasama unit Homeroom KPMBP. Aktiviti telah dijalankan bermula jam 2 ptg sehingga jam 5 ptg.

Berikut gambar sepanjang aktiviti dijalankan: 
Menceriakan kawasan pejalan kaki di blok akademik

Mengecat divider jalan dilaluan utama di dalam kawasan kolej

Mengecat divider jalan


Tandas lelaki blok akademik selepas gotong-royong

tandas perempuan di blok akademik selepas gotong-royong

Sekian, banyak lagi aktiviti gotong-royong dari unit latihan 5s akan dilaksanakan dari masa ke masa.





Thursday, September 8, 2016

Taklimat Audit 5s oleh Mantan Ketua Audit

Pada 6 September 2016, Jawatankuasa 5s KPMBP dengan kelolaan unit audit dalaman telah menjalankan taklimat audit. Taklimat ini diberikan kepada semua ahli jawatan kuasa audit dalaman. Penerangan yang mendalam tentang tatacara audit telah disampaikan oleh Mantan Ketua Audit unit 5s KPMBP iaitu En. Johari Sham bin Jusoh.

Semua ahli hadir ketika sesi taklimat. Pelbagai soalan dikemukan oleh ahli bagi mengetahui tatacara yang betul semasa proses audit sebenar dijalankan.

Taklimat oleh Mantan Ketua Audit 5s KPMBP

Ahli yang tekun mendengar taklimat

Sekian, 

Friday, May 20, 2016

Visi, Misi dan Motto 5s KPMBP

Assalamualaikum wbt
 


AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE / 5S)
KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR


VISI
Warga Kolej Profesional MARA Bandar Penawar beriltizam menjadi institusi pendidikan yang cemerlang dengan mengutamakan perkhidmatan terbaik melalui amalan persekitaran kerja yang bersih dan sistematik


MISI
v Mencapai pengiktirafan tertinggi dalam mewujudkan pengurusan persekitaran berkualiti di tempat kerja

v Membudayakan amalan kerja berpasukan dan disiplin yang tinggi dalam tugas seharian

v Mencapai tahap tertinggi dalam kecekapan dan keberkesanan pengurusan perkhidmatan di tempat kerja


MOTTO
Persekitaran Berkualiti Penggerak Inovasi




        …………………………………..
Dr. Rosnah Bt. Md Saad
Pengarah
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
04 Mei 2016

Matlamat, Objektif dan Polisi 5s KPMBP

Assalamualaikum wbt
 


AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE / 5S)
KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR


MATLAMAT
Mendapat pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S pada penilaian pertama serta menjadikan amalan tersebut sebagai budaya kerja berterusan


OBJEKTIF
v Melatih warga kerja ke arah budaya kerja inovatif dan kreatif

v Penglibatan secara menyeluruh oleh semua warga kolej dalam perlaksanaan amalan 5S

v Menjadikan ruang kerja sentiasa bersih, kemas, kondusif, selamat dan ceria


POLISI
Warga Kolej Profesional MARA Bandar Penawar bertekad untuk membudayakan amalan persekitaran berkualiti (QE / 5S) di tempat kerja melalui disiplin & semangat kerja berpasukan ke arah kecemerlangan organisasi



         ………………………………...
Dr. Rosnah Bt. Md Saad
Pengarah
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
04 Mei 2016