Tuesday, July 23, 2013

Majlis perasmian amalan 5s di KPM Bandar Penawar

Assalamualaikum wbt
 
Unit 5s Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) telah mengadakan majlis perlancaran 5s di KPM BP.
 
Majlis telah di adakan di Dewan Utama KPMBP dan telah dimeriahkan oleh semua warga kerja dan pelajar KPMBP. Dalam majlis ini, satu simbolik perlaksanaan 5s dilakukan iaitu dengan memakaikan lencana 5s pada ketua-ketua unit 5s. Ia terdiri daripada unit pentadbiran, asrama, akademik dan perpustakaan. 
 
Penerangan yang lengkap diberikan oleh unit latihan dan promosi 5s KPMBP bagi memahamkan lagi para warga kerja dan pelajar KPMBP tentang pentingnya amalan 5s ini. Bukan sahaja berkepentingan kepada organisasi malahan turut dijayakan oleh para pelajar. 
 
 
 

0 comments: