TUGAS & TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA AMALAN 5S
KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR
PENGERUSI / PENYELARAS
- Menentukan matlamat pelaksanaan sistem 5S
- Menetapkan piagam, peraturan dan garis panduan pelaksanaan
- Membentuk pelan tindakan tahunan
- Memperuntukan sumber & belanjawan
- Membentuk jawatankuasa
- Melulus dan memperakui penetapan kawasan, ahli serta aktiviti setiap zon
- Memantau kemajuan program dengan pembentukan piawaian yang sesuai dan berkaitan dengan sistem 5S untuk pembudayaan berterusan
- Menetapkan kaedah penghargaan dan ganjaran
- Menjadualkan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S
- Menyelaras Program Amalan 5S
- Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan Amalan 5S
- Membantu pengurusan unit audit, latihan & promosi
- Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan Amalan 5S dalam organisasi
SETIAUSAHA
- Menjalankan tugas sebagai setiausaha kepada Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Kerja
- Memberi panduan dan membantu ahli jawatankuasa induk dan ahli zon 5S dengan tujuan untuk penyelarasan aktiviti
- Memastikan dokumen 5S dikemaskini
- Menyelaras aktiviti-aktiviti promosi, latihan dan audit 5S
JAWATANKUASA AUDIT
- Menyediakan pelan perancangan pelaksanaan aktiviti tahunan
- Mengadakan mesyuarat jawatankuasa
- Melaksanakan audit dalaman
# Audit berkala
# Audit mengejut
- Menyediakan kriteria-kriteria audit
- Menyediakan stiker audit
- Menyediakan laporan audit
- Merancang pra audit dan audit persijilan oleh pihak MPC
- Menyediakan dan mengemaskini dokumen jawatankuasa audit
- Mengenalpasti program pengiktirafan:
# Zon Terbaik
# Ruang Kerja Individu Terbaik
# Idea Kreatif & Inovasi Terbaik
JAWATANKUASA LATIHAN
- Menyediakan pelan perancangan pelaksanaan aktiviti tahunan
- Mengadakan mesyuarat jawatankuasa
- Merancang kursus kesedaran 5S ke atas semua warga kerja
- Merancang kursus pemantapan pelaksanaan amalan 5S
- Merancang lawatan penandaaras ke jabatan lain
- Memberi latihan dan melantik pegawai bertanggungjawab untuk memberi taklimat 5S kepada pelawat jabatan luar
- Menyediakan dan mengemaskini dokumen jawatankuasa latihan
- Mewujudkan, mengenalpasti dan merancang cadangan idea kreatif dan penambahbaikan untuk dilaksanakan di peringkat jabatan
- Mengendalikan lawatan korporat dari jabatan lain
JAWATANKUASA PROMOSI
- Menyediakan pelan perancangan pelaksanaan aktiviti tahunan
- Mengadakan mesyuarat jawatankuasa
- Mengadakan kempen promosi 5S - selaraskan dengan jawatankuasa kecil yang lain
- Menyediakan buletin / blog 5S
- Menyediakan dan mengemaskini dokumen jawatankuasa promosi
- Menyediakan banner/poster/bunting/flyer/brosur aktiviti 5S
- Menyediakan countdown persijilan 5S jabatan
- Menyediakan jurukamera khas untuk semua aktiviti 5S
KETUA ZON
- Menyediakan pelan perancangan pelaksanaan aktiviti tahunan
- Mengadakan mesyuarat jawatankuasa
- Menyediakan maklumat sudut zon
- Mengurus, mengenalpasti dan merancang aktiviti zon
- Menyediakan dan mengemaskini dokumen zon
- Merekod semua aktiviti berkaitan amalan 5S
AHLI ZON
- Mematuhi etika kerja zon yang telah dipersetujui bersama
- Menghadiri perbincangan yang diadakan
- Menyertai aktiviti 5S secara aktif sepanjang masa
- Bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti zon
- Bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti penambahbaikan di tempat kerja secara berkumpulan
- Mewujudkan suasana kerja yang harmoni di antara ahli
- Membantu menyediakan maklumat sudut zon
0 comments:
Post a Comment