Logo 5s

Logo 5s Kolej Profesional Mara Bandar Penawar.

Selamat Datang

Audit Perbadanan Produtiviti Malaysia (MPC)

Penantian mendebarkan

Taklimat oleh pegawai MPC.

Audit Bermula

Sesi Audit bermula di Zon Pentadbiran.

Tahniah!

KPM BP Berjaya Memperbaharui Sijil QE/5s untuk kali ke-3 pada 18 oktober 2016.

Wednesday, September 30, 2015

Aktiviti Unit Promosi 5S - Amalan Reverse Parking di Kolej

Pada 28 September 2015, beberapa kenderaan warga KPM Bandar Penawar telah diberi notis amalan parking secara mengundur atau 'reverse parking'. Dengan kaedah ini, ianya memudahkan kita untuk mengeluarkan kenderaan apabila waktu kecemasan. Dengan ini adalah diharapkan agar warga KPMBP dapat meneruskan Amalan 5S ini.




Friday, September 18, 2015

AUDIT DALAMAN 5S KPMBP


Pada 6, 7 dan 8 September 2015 telah audit dalaman yang ke-3 bagi tahun 2015. Tujuan audit dalaman ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan mengenai amalan 5s di setiap zon. Daripada dapatan ini, adalah diharapkan ianya menjadi faktor motivasi untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan (KAIZEN) serta meningkatkan dan menggalakkan aktiviti-aktiviti kreativiti dan inovasi. Selain daripada itu, aktiviti audit ini juga dapat memastikan aktviti 5s dijalankan secara berterusan untuk memupuk kesedaran dan menjadikannya sebagai satu budaya di tempat kerja.






Sunday, August 2, 2015

Mesyuarat Induk AJK 5s Kolej

Pada 12 Julai 2015, satu mesyuarat induk 5s kolej telah diadakan di bilik mesyuarat utama. Ketua unit bagi setiap unit telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan, En Wan Khairuddin bin Wan Sulong dan dibantu oleh Penyelaras 5s kolej, En Mohd Hazizi bin Abu Bakar. Beberapa agenda telah diperbincangkan dalam mesyuarat
ini. Antaranya ialah mengenai pembentangan laporan setiap unit oleh ketua zon masing-masing. Ketua setiap zon diingatkan bahawa perlu memantau zon masing-masing dan melaporkan sebarang masalah yang ada kepada pihak jawatankuasa induk untuk diambil tindakan.

Wednesday, July 1, 2015

Lawatan Penandaaras ke Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka

Pada 27 Februari 2015, satu lawatan telah diadakan agar warga kerja Kolej Profesional Mara Bandar Penawar boleh melihat sendiri bagaimana 5S diamalkan di KPM Ayer Molek sehingga membolehkan pensijilan 5S kali kedua. Lawatan ini adalah untuk mengenalpasti aktiviti yang perlu dilaksanakan di Kolej Profesional Mara Bandar Penawar bagi pensijilan kali kedua. Lawatan ini dijalankan bagi mengetahui amalan-amalan yang boleh digunakan untuk persediaan pensijilan 5S bagi tahun kedua di Kolej Profesional Mara Bandar Penawar. Seramai 30 orang kakitangan yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan pentadbiran terlibat di dalam perbincangan dan lawatan penandaaras ini.







Thursday, February 12, 2015

PROGRAM PENGUKUHAN 5S BAGI PEMBAHARUAN SIJIL 5S BAGI TAHUN KEDUA KPMBP DARI PIHAK MPC JOHOR

Pada 11 Februari 2015, suatu program taklimat pengukuhan pembaharuan 5S telah diadakan di dewan kuliah A Kolej Profesional Mara Bandar Penawar yang diberikan oleh Puan Nazilah bt Ahmad dari MPC Wilayah Johor. Taklimat ini sebagai persediaan dan penambahan ilmu bagi semua warga kerja supaya warga kerja Kolej Profesional MARA Bandar Penawar mendapat maklumat yang tepat dan cara mendapatkan sijil 5S bagi tahun kedua. Taklimat ini adalah untuk memberi idea kepada warga kerja agar dapat merancang aktivit-aktiviti yang diperlukan bagi mendapatkan sijil 5S bagi tahun kedua. Dengan adanya taklimat ini adalah diharapkan agar semua kakitangan kolej dapat membudayakan amalan 5S pada setiap masa.






 


Monday, October 20, 2014

Mesyuarat Induk 5s KPMBP


Pada 7 Oktober 2014, satu mesyuarat induk 5s kolej telah diadakan di bilik mesyuarat utama. Ketua unit bagi setiap unit telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Jawatankuasa induk 5s ini telah melantik beberapa ketua unit dan ahli baharu serta mengekalkan ahli lama bagi memantapkan proses pembudayaan amalan 5s di KPMBP. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan, En Wan Khairuddin bin Wan Sulong dan dibantu oleh Penyelaras 5s kolej, En Mohd Hazizi bin Abu Bakar.











Monday, July 21, 2014

Pemberian Kad cemerlang 5s

Pemberian Kad cemerlang 5s
12.50 am 22/7/2014

Jabatan Pengurusan Perniagaan

Bilik Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan

Bilik Penolong Pegawai Tadbir Kanan



Zon Pentadbiran

Bilik Pegawai Latihan Industri


Unit Peperiksaan dan Persijilan

Zon Makmal Komputer
Zon Perpustakaan


Mesyuarat akhir Persijilan 5s di KPM Bandar penawar

Mesyuarat akhir Persijilan 5s di KPM Bandar penawar
22/7/2014 8.30am








Monday, July 14, 2014

PRA AUDIT 5S - 9 JULAI 2014



PRA AUDIT 5S - 9 JULAI 2014
 

Pra Audit 5S oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia telah diadakan pada 9 Julai 2014. Antara tempat-tempat yang diaudit adalah zon pentadbiran, zon perpustakaan, zon surau, zon asrama, zon akademik dan zon persekitaran (pos pengawal, cafeteria, dewan besar, lanskap). Juruaudit dari MPC ialah Puan Nazilah bt. Ahmad.