Logo 5s

Logo 5s Kolej Profesional Mara Bandar Penawar.

Selamat Datang

Audit Perbadanan Produtiviti Malaysia (MPC)

Penantian mendebarkan

Taklimat oleh pegawai MPC.

Audit Bermula

Sesi Audit bermula di Zon Pentadbiran.

Tahniah!

KPM BP Berjaya Memperbaharui Sijil QE/5s untuk kali ke-3 pada 18 oktober 2016.

Monday, July 14, 2014

Lawatan ke MBJBT



Lawatan ke Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Johor Bahru

Ahli jawatankuasa 5S kolej telah mengadakan lawatan sempena amalan 5S ke Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Johor Bahru pada 10.8.2012. 

Lawatan tersebut telah dihadiri oleh beberapa warga kolej seramai 24 orang. Secara keseluruhannya, lawatan tersebut banyak memberi panduan kepada warga kerja Kolej Profesional MARA Bandar Penawar untuk melaksanakan amalan 5S di kolej. Antara amalan 5S MPJBT yang boleh diaplikasi di kolej adalah seperti sistem ownership, SOP Alat Pemadam Api, Kaedah Peti Cadangan, Bentuk Pelan Lantai, Bentuk Pelan Kebakaran, Carta Pergerakan Staf, Kaedah Penambahan Kuantiti Borang, Sudut Induk 5S, Tagging Peralatan, Pelan suis lampu dan sebagainya. 









Ceramah pengenalan amalan 5s daripada KKTM PJ



Ceramah Pengenalan Amalan 5S

Pihak kolej telah menjemput Pn. Misnah binti Bagiman dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya untuk memberi ceramah pengenalan amalan 5S kepada semua warga kerja KPM Bandar Penawar dan serta berkongsi pengalaman dan amalan 5S KKTM Petaling Jaya. Ceramah ini telah diadakan pada 20 September 2012. 












Bengkel audit dalaman oleh pihak kejora



BENGKEL AUDIT DALAMAN 5S

Unit Latihan telah membantu unit audit dengan mengadakan satu bengkel audit dalaman 5S untuk semua ahli jawatankuasa audit

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa audit seramai 27 orang. 

Penceramah merupakan ketua juruaudit 5S KEJORA iaitu Encik Yusrihan bin Jusak. 

Selain penceramah, pihak KEJORA juga telah menghantar 3 ahli jawatankuasa audit mereka untuk memberi panduan dan nasihat dalam melaksanakan amalan 5S.