Logo 5s

Logo 5s Kolej Profesional Mara Bandar Penawar.

Selamat Datang

Audit Perbadanan Produtiviti Malaysia (MPC)

Penantian mendebarkan

Taklimat oleh pegawai MPC.

Audit Bermula

Sesi Audit bermula di Zon Pentadbiran.

Tahniah!

KPM BP Berjaya Memperbaharui Sijil QE/5s untuk kali ke-3 pada 18 oktober 2016.

Friday, May 20, 2016

Visi, Misi dan Motto 5s KPMBP

Assalamualaikum wbt
 


AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE / 5S)
KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR


VISI
Warga Kolej Profesional MARA Bandar Penawar beriltizam menjadi institusi pendidikan yang cemerlang dengan mengutamakan perkhidmatan terbaik melalui amalan persekitaran kerja yang bersih dan sistematik


MISI
v Mencapai pengiktirafan tertinggi dalam mewujudkan pengurusan persekitaran berkualiti di tempat kerja

v Membudayakan amalan kerja berpasukan dan disiplin yang tinggi dalam tugas seharian

v Mencapai tahap tertinggi dalam kecekapan dan keberkesanan pengurusan perkhidmatan di tempat kerja


MOTTO
Persekitaran Berkualiti Penggerak Inovasi




        …………………………………..
Dr. Rosnah Bt. Md Saad
Pengarah
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
04 Mei 2016

Matlamat, Objektif dan Polisi 5s KPMBP

Assalamualaikum wbt
 


AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE / 5S)
KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR


MATLAMAT
Mendapat pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S pada penilaian pertama serta menjadikan amalan tersebut sebagai budaya kerja berterusan


OBJEKTIF
v Melatih warga kerja ke arah budaya kerja inovatif dan kreatif

v Penglibatan secara menyeluruh oleh semua warga kolej dalam perlaksanaan amalan 5S

v Menjadikan ruang kerja sentiasa bersih, kemas, kondusif, selamat dan ceria


POLISI
Warga Kolej Profesional MARA Bandar Penawar bertekad untuk membudayakan amalan persekitaran berkualiti (QE / 5S) di tempat kerja melalui disiplin & semangat kerja berpasukan ke arah kecemerlangan organisasi



         ………………………………...
Dr. Rosnah Bt. Md Saad
Pengarah
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
04 Mei 2016

Monday, January 11, 2016

Taklimat 5s kepada pelajar baru

Pada 6 Jan 2016, telah di adakan taklimat tentang amalan 5s kepada semua pelajar baru KPMBP. Taklimat dijalankan di dewan serbaguna KPMBP dan mendapat sambutan yang amat baik dikalangan pelajar. Penerangan yang jelas kepada pelajar membuatkan pelajar merasa amat perlu untuk melaksanakan amalan 5s ini. Para pelajar digalakan untuk membuat aktiviti 5s di asrama mereka dengan sedikit prosedur di berikan kepada pelajar seperti tatacara sebarang penampalan, susunan kasut, alatan di dalam bilik dan banyak lagi.

Pelajar tekun mendengar taklimat 5s



Selepas sesi taklimat 5s dijalanlan, pelajar dikumpulkan untuk aktiviti Tresure Hunt pula. Aktiviti ini dijalankan dengan menerapkan amalan 5s sebagai "clue" kepada mereka. Ini dapat menarik minat pelajar terhadap amalan 5s dan secara tidak langsung dapat membolehkan pelajar mengetahui langkah-langkah amalan 5s.

Tresure-Hunt game

TresureHunt : Mencari informasi 5s

Aktiviti telah dijalankan dengan jayanya. Pelajar menunjukkan minat yang baik terhadap amalan 5s.

Sekian.

Kemudia, selepas t

Wednesday, October 21, 2015

Penerimaan Laporan Audit dari Panel MPC

Pada 20 Oktober 2015, jam 12.30 tengahari, Dr Rosnah binti Md Saad, Pengarah kolej KPMBP telah menerima laporan audit dari panel MPC yang mengesahkan bahawa Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) telah berjaya memperbaharui Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dari pihak MPC buat kali yang ke-2. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan, para pelajar KPMBP serta pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membudayakan amalan 5s di kolej ini.

Tahniah sekali lagi.



Tuesday, October 20, 2015

Aktiviti Pengauditan Dari Panel MPC

Proses pengauditan dimulakan dengan mesyuarat bersama Pengarah KPMBP, Dr Rosnah bt Md Saad, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan AJK Induk 5S.  Proses pengauditan fizikal dan dokumentasi di Kolej Profesional Mara Bandar Penawar (KPMBP) sedang dijalankan di semua zon iaitu zon pentadbiran, akademik, perpustakaan, surau, asrama dan persekitaran. 


Ucapan dan Pembentangan Dari Pihak Kolej Sedang Dijalankan 





Proses Pengauditan Fizikal Sedang Dijalankan




















Proses Pengauditan Dokumen Sedang Dijalankan








Selamat Datang Kepada Panel Penilai dari Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Selamat datang kepada panel penilai MPC, En Zul Ezwan Muhamad ke Kolej Profesional Mara Bandar Penawar (KPMBP) untuk Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE) kali-2 pada 20 Oktober 2015.


Wednesday, September 30, 2015

Aktiviti Unit Promosi 5S - Amalan Reverse Parking di Kolej

Pada 28 September 2015, beberapa kenderaan warga KPM Bandar Penawar telah diberi notis amalan parking secara mengundur atau 'reverse parking'. Dengan kaedah ini, ianya memudahkan kita untuk mengeluarkan kenderaan apabila waktu kecemasan. Dengan ini adalah diharapkan agar warga KPMBP dapat meneruskan Amalan 5S ini.




Friday, September 18, 2015

AUDIT DALAMAN 5S KPMBP


Pada 6, 7 dan 8 September 2015 telah audit dalaman yang ke-3 bagi tahun 2015. Tujuan audit dalaman ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan mengenai amalan 5s di setiap zon. Daripada dapatan ini, adalah diharapkan ianya menjadi faktor motivasi untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan (KAIZEN) serta meningkatkan dan menggalakkan aktiviti-aktiviti kreativiti dan inovasi. Selain daripada itu, aktiviti audit ini juga dapat memastikan aktviti 5s dijalankan secara berterusan untuk memupuk kesedaran dan menjadikannya sebagai satu budaya di tempat kerja.






Sunday, August 2, 2015

Mesyuarat Induk AJK 5s Kolej

Pada 12 Julai 2015, satu mesyuarat induk 5s kolej telah diadakan di bilik mesyuarat utama. Ketua unit bagi setiap unit telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan, En Wan Khairuddin bin Wan Sulong dan dibantu oleh Penyelaras 5s kolej, En Mohd Hazizi bin Abu Bakar. Beberapa agenda telah diperbincangkan dalam mesyuarat
ini. Antaranya ialah mengenai pembentangan laporan setiap unit oleh ketua zon masing-masing. Ketua setiap zon diingatkan bahawa perlu memantau zon masing-masing dan melaporkan sebarang masalah yang ada kepada pihak jawatankuasa induk untuk diambil tindakan.