Sunday, August 2, 2015

Mesyuarat Induk AJK 5s Kolej

Pada 12 Julai 2015, satu mesyuarat induk 5s kolej telah diadakan di bilik mesyuarat utama. Ketua unit bagi setiap unit telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan, En Wan Khairuddin bin Wan Sulong dan dibantu oleh Penyelaras 5s kolej, En Mohd Hazizi bin Abu Bakar. Beberapa agenda telah diperbincangkan dalam mesyuarat
ini. Antaranya ialah mengenai pembentangan laporan setiap unit oleh ketua zon masing-masing. Ketua setiap zon diingatkan bahawa perlu memantau zon masing-masing dan melaporkan sebarang masalah yang ada kepada pihak jawatankuasa induk untuk diambil tindakan.

0 comments: